Kaedah Rawatan

Tuesday, March 31, 2009

FIBROADENOMA BUKAN KANSER

Kurang daripada satu perempat benjolan di payudara adalah kanser tetapi sebenarnya agak sukar untuk membezakan adakah benjolan itu kanser atau bukan.Namun begitu kesemua benjolan di payudara mestilah diperiksa terlebih dahulu oleh pakar sebelum sebarang kesimpulan di buat.

Jenis-Jenis Simptom Benjolan

1-Fibroadenoma
2-Fibrosistik
3-Sista
4-Sista susu dan jangkitan
5-Intraductal Papilloma
6-Kanser
7-Kecederaan
8-Hormon
9-Penyebab yang tidak berbahaya termasuklah pertumbuhan kulit,tumor lemak (lipoma),duct ectasia dan lain-lain.

Apakah itu Fibroadenoma?

Ia adalah tumor yang biasa ditemui di payudara wanita.Ia adalah satu benjolan tisu keras yang tidak berbahaya dan bukan kanser.Ia terjadi akibat peningkatan sensitiviti hormon oestrogen wanita.Kebiasaannya ia kenyal lembut dan mudah bergerak ke bawah kulit.Benjolan ini kenyal kerana ia mengandungi kolagen.Terdapat dua keadaan mereka yang mempunyai fibroadenoma iaitu tidak sakit atau sakit jika tersentuh.Ia biasa ditemui pada wanita muda tetapi boleh juga berlaku pada sebarang umur wanita.Fibroadenoma biasa ini mempunyai saiz satu hingga tiga sentimeter.Tetapi apabila saiz bertambah 5 sentimeter keadaan ini dinamakan fibroadenoma gergasi.Ia juga boleh mengecil atau membesar dan sesetengahnya akan hilang begitu sahaja.Sesetengah fibroadenoma yang kecil ini akan dapat dikesan semasa kehamilan dan semasa penyusuan bayi.

Sunday, March 15, 2009

Cabaran dalam mendidik anak-anak

Di zaman yang serba moden ini ramai ibu bapa memandang remeh dalam soal mendidik anak-anak.Lebih-lebih lagi ibu bapa yang sentiasa sibuk sehingga lupa tanggungjawab yang di amanahkan oleh Allah iaitu anak-anak.Bila berlaku sesuatu dan apabila anak sudah sukar dibentuk menjadi orang yang berguna disalahkan pengasuh atau orang lain.Sebenarnya ilmu keibubapaan ini mestilah ada dalam diri ibubapa itu sendiri sebelum anak lahir kedunia lagi.Bentuklah anak ketika dalam perut lagi.Anak ini umpama sehelai kertas kosong putih tanpa secalit pun warna dan sebagai ibubapa kita yang mencorakkan warna dan lukisan indah diatas kertas tadi agar ia berharga dan cantik dipandang mata.Bukannya kita setakat melukis tanpa hati dan perasaan.Jika ini terjadi jangan salahkan sesiapa jika lukisan tadi nampak cacat dan buruk.

Sepatutnya sebagai ibubapa persediaan pertama untuk bayi kita adalah bermula dengan memberikan nama kepada bayi anda dan pilih nama-nama baik yang mempunyai maksud yang baik untuk bayi.Tetapi ibu bapa sekarang terlalu taksub dengan nama yang glamor dan meniru nama nama artis kononnya tanpa mengambil tahu akan maksudnya dan bila anak anda 'buat perangai'apabila nama yang diberikan tidak sesuai anda mula akan berserabut dan tertekan dengan keadaan.Berbanding dengan mereka yang ada ilmu keibubapaan semua ini dapat di atasi dengan mudah.InsyaAllah.

Anak-anak walaupun masih kecil tetapi mereka punyai perasaan dan jika kita sebagai ibu bapa memarahi dan menguris hati mereka ini akan menimbulkan bekas di jiwa mereka dan ditakuti nanti sifat marah dan baran ini akan diwarisi oleh anak tadi.Oleh itu ambillah masa sejam dua untuk bermain-main bersama anak lebih-lebih lagi jika anak ditinggalkan kepada pengasuh, berikan mereka kasih sayang dan jangan buat mereka rasa tersisih dari ibubapa sendiri.
Begitu juga jika anda sudah berhasrat untuk menambahkan bilangan ahli keluarga dan semasa itu anak pertama masih kecil jangan sesekali mengabaikan anak yang pertama tadi.Bila keadaan ini terjadi maka anak mudah menjadi orang yang sensitif dan segala apa yang dirasainya tidak dapat di luahkan dan disimpan dan dikenang sampai dia dewasa.Mungkin kita sebagai ibubapa sayang dan ambil berat dengan anak sulung sama seperti kita sayang anak kedua tetapi kita tidak sedar yang perhatian dan belaian yang lebih kepada yang bongsu tadi telah membuatkan yang sulung rasa tersisih.Oleh itu sebagai ibubapa kita kena bijak menangani masalah ini.Seboleh-bolehnya biarkan anak sulung anda bersama anda setiap kali anda bersama bayi kedua anda walaupun disaat anda sedang menyusukan bayi kedua anda.Ini dapat mengeratkan lagi hubungan saudara akak dan adik dan mengelakkan sifat berdendam dan irihati di hati anak sulung tadi.

Anak-anak yang rasa dirinya terpinggir tidak kiralah yang pertama,kedua, ketiga atau seterusnya akan mudah merasa perasaan cemburu dan berdendam dengan adik beradik yang lain dan jalan yang terbaik adalah menunjukkan keadilan dalam setiap apa yang kita lakukan sebagai contoh tidak semestinya yang sulung mesti selalu mengalah dan adik pula tak salah meminta maaf jika bersalah dan menerima hukumannya.Jika kita bijak mengawal anak-anak di rumah maka watak anak dapat dibentuk di luar juga.Memanglah susah untuk besarkan anak- anak dan setiap kata-kata ibu adalah doa untuk anaknya dan oleh itu janganlah mengeluarkan kata-kata kesat kepada anak-anak kita kawallah perasaan itu.Memang sukar menjadi ibu bapa, jika mudah, takkanlah redha Allah kepada anak itu bergantung kepada redhanya ibu bapa kepada anak-anak. Fikir-fikirkan dan bertindaklah dengan sebaiknya… Insya Allah anda mampu menjadi ibubapa yang TERBAIK.

Tuesday, March 10, 2009

BAHAYA BERPAKAIAN KETAT SEMASA TIDUR

Pakaian tidur atau pajama hampir selalu berpotongan longgar untuk keselesaan tidur kita.Bahkan menurut satu kajian yang dibuat tidur sebaik-baiknya tanpa mengenakan pakaian dalam yang biasanya ketat di badan.

Ini kerana pakaian yang menekan perut atau dada akan menekan saraf sehingga akan mempengaruhi fungsi organ didalamnya.Berdasarkan eksperimen hal itu dapat menimbulkan berbagai masalah seperti cirit birit,sembelit,pening dan gatal.Menurut kajian itu lagi wanita yang memakai pakaian dalam yang ketat ketika tidur akan mengalami gangguan pernafasan.Ia termasuk pakaian perlangsingan badan yang semakin popular sekarang.

Menurut kajian tersebut payudara atau pinggul misalnya dapat ditekan sehingga 25 peratus dengan pakaian dalam yang ketat.Padahal itu hanya bersifat palsu tidak kekal lama dan boleh merosakkan garis-garis pada kulit.

Sunday, March 1, 2009

5 CARA ELAKAN MAKAN WAKTU BERDIET

Perkara paling sukar untuk mereka yang berdiet adalah untuk menahan diri dari mengambil makanan di saat perut berkeroncong lapar.Namun ada cara mudah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan anda yang sedang dalam proses menguruskan badan dari terdorong mengambil makanan ;

1. Rehat :Ketagih makanan sebenarnya dikaitkan dengan stress jadi lakukan sesuatu yang mebuatkan anda tidak memikirkan tentang makanan.Buatlah aktiviti permainan yang tidak ada kait mengait tentang makanan.
2. Haruman vanilla :haruman vanilla boleh membantu anda yang sedang ketagih makanan.Letakkan sedikit haruman tersebut pada tisu dan hidu ketika anda memerlukannya.
3. Jauhkan makanan :jangan simpan makanan ringan didalam rumah ia akan membuatkan anda terpedaya untuk memakannya.Sebaliknya simpanlah buah-buahan segar yang lebih elok untuk anda yang sedang berdiet.
4. Sibukkan Diri : Ketagihan untuk makan sebenarnya hanya dialami dalam tempoh 15 minit sahaja.Jadi bila anda rasa teringin untuk makan,lakukanlah sesuatu seperti menelefon rakan,minum segelas air ataupun berjalan.
5.
Bersenam :senaman rutin akan mengurangkan ketagihan kerana senama menghasilkan endorphin hormone yang membuatkan anda bersa gembira.Perasaan ini akan mengurangkan ketagihan makan anda berbanding jika anda berasa sedih.