Kaedah Rawatan

Wednesday, October 21, 2009

Awasi Tiroid Sebelum Ia menjadi Kanser

Tiroid ialah sejenis organ yang terletak di leher manusia dan ia berfungsi untuk mengawal pengeluaran metabolisme tubuh.Kebiasaannya kelenjar tiroid ini bertindak seperti penyaman udara iaitu ia menghasilkan hormon tiroid apabila tubuh memerlukan dan berhenti apabila ia sudah penuh di dalam darah.Penyakit tiroid terjadi apabila hormon yang dihasilkan terlebih ke dalam tubuh yang dipanggil hypertyroidism atau ia juga boleh terjadi akibat hormon dikeluarkan terlalu berkurang dan tidak mencukupi yang dikenali sebagai hypothyroidism.
Kelenjar tiroid ini boleh membengkak dan menjadi meraqh atau ia membentuk satu benjolan.Penyakit tiroid jenis hyperthyroidism adalah gejala yang kerap berlaku terutama dikalangan wanita berbanding lelaki.Oleh itu golongon yang kerap berisiko menghidapinya adalah wanita.


1-Hyperthyroidism

-Ia berlaku apabila terlalu banyak hormon tiroid di dalam darah.Ia memberi kesan sepuluh kali tinggi terhadap wanita berbanding lelaki,ini boleh berlaku secara berterusan di dalam sesebuah keluarga.Tanda- tanda yang anda mungkin mengalami hyperthyroidism ialah : *Denyutan jantung yang laju
*Sentiasa gelisah
*Timbulnya perasaan marah
*Penurunan berat badan
*Rambut gugur
*Sukar untuk tidur (insomnia)
*kurang daya tahan terhadap kepanasan
*Pusingan haid tidak teratur
*menjadi besar
*Turun berat badan mendadak walau selera naik
*Cirit Birit
*Lemah tubuh badan
*Osteoporosis

2-Hypothyroidism
-Ia terjadi adalah kerana hormon tiroid terlalu sedikit di dalam darah, ini akan memperlahankan sistem tubuh badan dan selalu menyerang golongon berumur 40 tahun ke atas dan golongon yang berisiko adalah wanita.Penyebab hypothyroidism ini adalah kerana antibodi dan sel darah putih menyerang tiroid.Tanda-tanda penyakit ini ialah :

*kurang tenaga
*Rasa sejuk
*Denyutan jantung perlahan
*Depresi
*Berat badan bertambah
*Kurang daya ingatan
*kulit kering
*Rambut gugur
*Sembelit
*beguk
*Nafsu seks turun
*Suara serak

3-Beguk
-Ia adalah pembesaran atau pembengkakan kelenjar tiroid.Apabila ia berlaku menunjukkan ada masalah dengan tiroid.Kekurangan iodin boleh sebabkan beguk.tanda-tanda beguk ialah :
*Rambut kering
*Bengkak di tengkuk
*kehilangan berat badan
*Perubahan haid
*jantung berdebar-debar
*cepat marah
*mata jadi besar
*perubahan kadar metabolisme

Dalam kes-kes teruk beguk boleh menyebabkan seseorang sukar bernafas dan menelan.

4.Kanser Tiroid

-Benjolan yang terdapat di di tiroid.Lebih 90 peratus benjolan bukanlah kanser.Selalunya dapat dibuang melalui pembedahan samada dibuang semua atau sebahagian sahaja sahaja.Kanser tiroid peringkat awal tidak menunjukkan sebarang kesan.namun semasa kanser membesar,tanda-tanda kanser tiroid akan mula terasa seperti :
*benjol di bahagian depan leher
*Sukar untuk bercakap dalam suara yang normal
*Sukar menelan dan bernafas
*Rasa sakit di tekak dan leher

Saturday, October 3, 2009

Gastritis Bukan Alasan Tidak Berpuasa

Setiap kali datangnya Ramadhan,gastrik dijadikan alasan untuk tidak berpuasa.Tetapi adakah benar jika seseorang itru mengalami gastrik maka mereka tidak boleh berpuasa?Menurut doktor perunding, orang yang menghidap gastritis sebenarnya boleh berpuasa dan ia sebenarnya tidak memberi kesan buruk cuma mereka ini perlulah berhati hati dengan apa yang mereka makan.Jika simptom yang dialami mereka itu teruk dan memudaratkan maka mereka perlu merujuk kepada doktor tetapi sebenarnya hanya sebilangan sahaja yang tidak boleh berpuasa.

Pengambilan makanan adalah penting semasa bersahur dan waktu berbuka.Sebenarnya kebanyakkan dari kita selalu tidak selera untuk makan pada waktu pagi jadi untuk membangkitkan selera maka kita sering memilih makanan pedas untuk bersahur dan sebenarnya itulah yang kita harus elakkan.Setelah 14 jam berpuasa pulak dan tiba berbuka puasa kita juga harus mengelakkan dari memakan makanan yang bergoreng berminyak dan pedas kerana makanan seperti ini boleh menggangu sistem perut kita.Selain itu kita sepatutnya bersahur dengan makanan yang baru dimasak dan bukannya makanan yang di simpan semalaman.Kerana makanan yang telah dimasak dengan sempurna boleh mengelakkan ketidakselesaan kepada perut dan semasa berbuka puasa pula mulakan dengan makanan yang tidak beraty dan apabila selesai solat barulah makan makanan yang berat.Jika pesakit mengikuti rejim ini maka tidaklah berlaku masalah untuk menruskan ibadah puasa lagi.

Apa itu Gastritis?

Gastritis merupakan radang pada lapisan gastrik,sesetengah orang mengalami gastrik apabila minum minuman beralkohol,makan makanan pedas ataupun merokok.Selain itu gastrik juga boleh berlaku kepada seseorang yang telah menjalani pembedahan besar,kecedaraan traumatik,melecur atau jangkitan teruk dan penyakit anemia yang berbahaya juga boleh menyebabkan gastritis.

Apakah Simptom-Simptom Gastritis?

Biasanya pesakit gastritis ini akan mengalami simptom-simptom seperti muntah-muntah,sakit perut,kerap sendawa,perut kembung dan rasa loya-loya atau pedih ulu hati di bahagian perut dan jika terdapat darah dalam muntah atau najis ini menunjukkan ada kecederaan dalam lapisan bahagian perut.Tetapi simptom ini tidak spesifik dan kadang kala simptom ini telah berada didalam perut seseorang sudah lama dan apa yang penting corak pemakanan seseorang itu adalah penting untuk menjamin kesihatannya.